Skip to main content

Futsal

Piala Asia: Malaysia tutup kempen peringkat kumpulan D tanpa sebarang mata

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

FUTSAL

Kem futsal negara terpaksa akur menutup kempen Kejohanan Futal Piala Asia 2026 dengan kekalahan ketiga selepas ditumbangkan Arab Saudi 1-6 dalam saingan Kumpulan D di Velodrom Antarabangsa Jakarta, Indonesia, sebentar tadi.

Skuad negara sekadar turun dalam saingan pelengkap jadual kumpulan selepas sah tersingkir susulan kekalahan dua aksi pertama kumpulan kepada Afghanistan dan Iran sebelum ini.

Advertisement

Walaupun misi negara kem negara tampak samar selepas Arab Saudi terlebih dahulu selesa berada di hadapan dalam babak pertama menerusi 4-0 menerusi gol Fahad Rudayni, Fahad Al-Johani dan dua gol daripada Eihab Mohamed.

 

 

 

Masuk babak kedua, skuad Green Falcons terus ampuh menyerang untuk merobek gawang negara menerusi Eihab yang melengkapkan hatrik dan Abdullah Al-Aqeeli untuk Arab Saudi terus selesa mendahului 6-0.

Namun, Awaluddin Nawi menjaringkan gol sagu hati buat kem  negara sekali gus menutup permainan dengan keputusan 6-1 kemenangan buat Arab Saudi.


Untuk rekod, jaringan tunggal negara itu merupakan gol peribadi kedua Awaluddin dalam kejohanan itu dan wakil tunggal negara yang mencetak nama selaku penjaring.

 

Must Watch Video