Skuad futsal Harimau Malaya sah tersingkir daripada kempen Futsal Piala Asia 2026 selepas tewas 0-7 kepada Afghanistan di Velodrom Antarabangsa Jakarta, Indonesia sebentar tadi.
Misi wajib menang kian gagal untuk menghidupkan peluang ke peringkat seterusnya.
Advertisement
Terdahulu, Malaysia tewas 0-4 kepada gergasi nombor satu Asia, Iran, pada perlawanan pertama.
Meskipun aksi kali ini lebih tersusun, namun pasukan bimbingan Addie Azwan Zainal tidak berjaya menahan asakan tanpa henti sepanjang permainan.
Banyak percubaan tepat dan gerakan menarik tercipta, tetapi enggan calar rekod cemerlang penjaga gol lawan yang kekal utuh tanpa bolos.
Selepas ini, skuad futsal kebangsaan akan berdepan Arab Saudi sebagai melengkapkan aksi Kumpulan D kejohanan berprestij itu.