Pertahanan Indonesia, Justin Hubner, menjadikan kritikan penyokong negara lawan di media sosial sebagai sumber inspirasi memacu kejayaan Indonesia merangkul trofi Piala ASEAN FIFA 2026.
Pemain Fortuna Sittard berusia 23 tahun itu menjadi tonggal utama pilihan John Herdman mengemudi jentera pertahanan skuad Garuda sehingga bergelar juara.

Menerusi laman Instagram, dia berkongsikan: "Untuk semua orang, anda adalah sumber inspirasi utama saya dalam kejohanan ini. Tetapi siapa raja yang sebenar?" katanya.
Indonesia menewaskan Thailand 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam 120 minit permainan sekali gus menamatkan kemarau 35 tahun Indonesia tanpa piala.
