Menteri Pemuda dan Olahraga (Menpora) yang juga Ketua Umum PSSI, Erick Thohir, berkongsikan 'Tuhan bersama Indonesia' selepas kemaraan Indonesia ke pentas akhir Piala ASEAN FIFA di Stadium Geloran Bung Karno, Jakarta, malam tadi.
Dalam satu temubual bersama media selepas perlawanan, Erick berkongsikan pihak media lebih memahami apa yang terjadi disebalik kemenangan itu.
Indonesia melangkah ke final selepas menewaskan Bangladesh 9-2, manakala peluang Malaysia ke pentas akhir tidak kesampaian --meski tewaskan Singapura 6-0-- susulan faktor jumlah jaringan dalam saingan peringkat Kumpulan A.
"Tuhan bersama Indonesia, Tuhan Bersama kita semua. Kenyataan saya itu saya rasa media lebih mengerti bagaimana perasaan bangsa Indonesia Ketika ini.
"Anda semua memahami apa yang terjadi, di kejohanan di sini dan tempat lain." katanya.