Thailand mengesahkan tempat ke pentas akhir Piala ASEAN FIFA 2026 selepas menjuarai saingan peringkat Kumpulan B malam tadi.
Skuad Gajah Perang itu menewaskan Vietnam 2-0 di Stadium Si Jalak Harupat selepas selepas Vietnam terpaksa turun tanpa tonggak naturalisasi utama, Xuan Son, yang mengalami kecederaan otot paha ketika membantu Naga Emas menewaskan Filipina 1-0 dalam aksi pertama sebelum ini.
Sarach Yooyen dan Chaiyaphon Otton muncul penjaring buat Thailand.
That's a wrap for today! 📋@Aspetar | #FIFAASEANCup
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) September 29, 2026
Indonesia mahupun Malaysia menanti Thailand di pentas akhir edisi perdana kejohanan yang pertama kali dipertandingkan itu.