Pertahanan Indonesia, Dean James, kembali memperkuatkan skuad Indonesia selepas hampir setahun tidak berada dalam skuad Sang Garuda.
Pemain Go Ahead Eagles itu kali terakhir menerima panggilan bersama pasukan di ranking ke-118 dunia itu adalah pada Oktober 2025.
Dean James kembali masuk dalam 23 pemain yang dipanggil Timnas Indonesia untuk FIFA ASEAN Cup 2026 setelah sempat beberapa kali absen bersama Garuda 🇮🇩
Dean James mengaku senang bisa kembali memperkuat Timnas Indonesia dan berharap Garuda mampu membawa pulang trofi FIFA ASEAN… pic.twitter.com/HlUFRolJyC— detiksport (@detiksport) September 22, 2026
Untuk rekod, James telah mengumpul lima kap bersama Indonesia itu antara pemain warisan Indonesia digantung sementara daripada beraksi dalam Liga Belanda membabitkan status pendaftaran kewarganegaraan yang mencetuskan persoalan di kalangan peminat dan kelab lawan.
Terdahulu, pada Mac 2025 dia antara tiga pemain selain Joey Pelupessy dan Emil Audero yang berpangkalan di Eropah telah selesai proses mengangkat sumpah di Kedutaan Indonesia di Itali.