Skip to main content

Bola Sepak

Piala ASEAN FIFA: Rumit! Ini sebab sebenar Harimau Malaya terlepas ke final

Indon
Advertisement

Seketika jaringan cantik Bergson Da Silva hampir menghadiahkan momen manis buat Malaysia dengan kemenangan 6-0 menewaskan Singapura, dibantu gol minit akhir oleh Bangladesh menerusi Farhaan Ali Wahid pada minit ke-91, Indonesia bangkit dalam masa dua minit dengan dua gol untuk memadam harapan skuad negara ke final Piala ASEAN FIFA malam tadi.

Malam yang cukup dramatik. Malam yang cukup sejarah dalam bola sepak Asia Tenggara (ASEAN).

Advertisement

Dua perlawanan penentuan, satu nyawa. Hanya satu yang layak.

Harimau Malaya dan Sang Garuda menamatkan saingan Kumpulan A dengan berkongsi tujuh mata hasil dua kemenangan dan satu keputusan seri.

Advertisement

Kedua-dua pasukan turut berkongsi perbezaan gol (sembilan). Malaysia menjaringkan sembilan gol secara keseluruhan tanpa sebarang bolos. Sementara Indonesia mempunyai 11 jaringan termasuk melepaskan dua gol hasil kemenangan dramatik 9-2.

Situasi itu menyebabkan jumlah jaringan menjadi faktor penentu untuk membezakan kedudukan kedua-dua pasukan apabila mata dan beza gol mereka berada pada angka yang sama.

Ia, sekali gus menyaksikan tuan rumah lebih layak berada di tempat pertama dan akan bertemu Thailand pada perlawanan akhir edisi sulung itu.

Skuad kendalian jurulatih interim, Tan Cheng Hoe, akan bertemu naib johan Kumpulan B bagi perebutan pingat gangsa. 
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video