Tular satu video menyaksikan bintang Selangor, Faisal Halim, berkerusi roda sebelum Harimau Malaya turun berdepan Singapura dalam perlawanan terakhir Kumpulan A Piala ASEAN FIFA di Bandung, Indonesia malam tadi.
Kelihatan juga kakinya mengalami kecederaan serius, namun belum pasti tahap sebenar dan menanti pengesahan selanjutnya.
Dan, ia mungkin merisaukan Gergasi Merah pada aksi domestik yang akan kembali minggu hadapan.
Terdahulu, Faisal tidak diturunkan bertemu Singapura, sekali gus memberi peluang buat Fergus Tierney bermula sebagai kesebelasan utama semalam.
Sehingga kini, belum ada kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak berkaitan situasi semasa tonggak berusia 28 tahun itu.
Malaysia akan bertemu naib johan Kumpulan B bagi perebutan pingat gangsa.