Para pemain, barisan kejurulatihan dan pegawai pasukan Indonesia berkemungkinan besar bakal menerima ganjaran lumayan selepas menjuarai edisi perdana Piala ASEAN FIFA 2026 di Stadium Gelora Bung Karno, Isnin lalu.
Menurut satu hantaran di X, difahamkan kesemua wakil Sang Garuda bakal memiliki seutas jam tangan berjenama mewah hasil menewaskan Thailand 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua sukan terikat 2-2.
Namun, belum ada pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak setakat ini.
ALHAMDULILLAH KABAR TERKINI: Seluruh pemain dan staf kepelatihan akan diundang keistana dalam waktu dekat, dan ROLEX sedang dipersiapkan untuk mereka semua dan yang dipanggil bukan hanya timnas sepakbola, yang dipanggil juga seluruh peraih mendali asian games 2026. Selamat wak wak awak yang dapat Rolex beso atau lusa✊️✊️✊️
— Sumatera Adil & Federal (@indepenSumatera) October 5, 2026