Skip to main content

Bola Sepak

Piala ASEAN FIFA: Muka baharu Harimau Malaya galas harapan tinggi

jkjkj

Pengendali interim, Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, yakin tiga muka baru yang menyertai skuad kebangsaan mampu memberi nafas baharu kepada pasukan dan tidak akan berdepan masalah keserasian dalam saingan Piala ASEAN FIFA.

Dua pemain naturalisasi, Bergson da Silva dan Manuel Hidalgo serta pemain warisan, Brad Tapp, disenarai buat kali pertama ke skuad Cheng Hoe, yang perlu menghadapi Indonesia serta Singapura antara lawan di peringkat permulaan kejohanan yang dianjur buat julung kali itu.

"Kita dah iktiraf Bergson sebagai penyerang yang mempunyai penyudah yang baik dalam Liga Malaysia.

"Dia juga serasi dengan pemain tempatan jadi saya rasa dia tidak akan berdepan masalah, begitu juga Hidalgo.

"Tapi sudah tentu dia perlu mengatasi cabaran di peringkat antarabangsa -- satu suasana yang berbeza.

"Pemain-pemain ini sudah bersedia. Ketenangan dan kekuatan fizikal Brad Tapp akan memberi kestabilan di barisan pertahanan.

"Barisan yang ada ini saya harap mampu menyelesaikan masalah di barisan serangan.

"Sebagai jurulatih, saya masih perlu (tiup) keyakinan dan panduan kepada mereka untuk beraksi kali pertama di peringkat antarabangsa. Mungkin mereka berdepan tekanan untuk memnui harapan dan permintaan peminat yang meletakkan jangkaan ke atas mereka akan menjaringkan gol (dalam penampilan sulung)," katanya ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

 

 

 

Cheng Hoe turut menegaskan anak buahnya tidak akan memandang mudah cabaran yang bakal ditampilkan Bangladesh, pasukan yang akan mencabar Harimau Malaya dalam aksi pembukaan tirai di Stadium Gelora Bung Karno pada Jumaat ini.

"Indonesia ada kelebihan tapi kami perlu fokus dengan perlawanan pertama menentang Bangladesh.

"Perlawanan kedua pula menjadi satu rintangan. Pasukan Indonesia berbeza dengan sebelum ini dan kami mengambilnya sebagai motivasi.

"Singapura juga seteru rapat kita jadi setiap perlawanan adalah 50-50," katanya. 
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video

Advertisement