Dengan penguasaan hampir 63 peratus (%) menyaksikan Harimau Malaya banyak mendominasi perlawanan, sekali gus jarang membenarkan Indonesia melakukan percubaan ke atas penjaga gol negara, Syihan Hazmi Mohamed.
Perkara itu juga mendapat perhatian di media sosial terutama peminat Malaysia yang berseloroh menganggap skuad kendalian jurulatih interim, Tan Cheng Hoe, juga seperti beraksi 10 pemain.
Tuan rumah terlebih dahulu kehilangan seorang tonggak, Thom Haye, ekoran terjahan keras ke atas bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, menyaksikan dia dibuang padang dilayangi kad merah menerusi video bantuan pengadil (VAR) pada separuh masa pertama.
Playing on half a pitch, 10 vs 10 pic.twitter.com/70eLOGfBsH
— TERENGGANU 11 (@11Terengganu) September 28, 2026
Sepanjang babak kedua pula Sang Garuda gagal menghadirkan ancaman dan bahaya buat pemenang Sarung Tangan Emas Liga Malaysia (Liga-M) itu manyaksikan tidak banyak sentuhan dilakukan olehnya.
Indonesia hanya merekodkan satu percubaan tepat sementara skuad kebangsaan mencatatkan tiga percubaan tepat.