Skip to main content

Bola Sepak

Piala ASEAN FIFA: Inilah trofi buruan Harimau Malaya

Piala ASEAN FIFA: Inilah trofi buruan Harimau Malaya

Inilah trofi yang bakal menjadi buruan Harimau Malaya apabila saingan Piala ASEAN FIFA 2026 membuka tirai 24 September ini.

Trofi edisi sulung kejohanan berkenaan secara rasmi diperkenalkan kepada umum hari ini menerusi pameran sempena Indonesia Sports Summit di Jakarta.

Majlis berkenaan turut dihadiri Pengerusi Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir, selain beberapa bekas pemain antarabangsa Indonesia termasuk Zaenal Arif, Ismed Sofyan dan Gendut Doni.

Pendedahan trofi itu sekali gus menandakan semakin dekatnya saingan yang menghimpunkan pasukan terbaik Asia Tenggara untuk merebut gelaran juara.

Buat Harimau Malaya, trofi berkenaan pastinya menjadi antara sasaran utama skuad kebangsaan yang mahu mencipta kejayaan di pentas serantau.

Dengan sepak mula hanya berbaki kurang dua minggu, perhatian kini mula terarah kepada persiapan setiap pasukan yang bakal bersaing untuk mengukir nama dalam sejarah Piala ASEAN FIFA.

Siapa bakal menjulang trofi pertama FIFA ASEAN Cup? Harimau Malaya pastinya mahu memastikan trofi itu dibawa pulang ke Malaysia.

Malaysia bakal membuka tirai 25 September ini bertemu Bangladesh.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video

Advertisement