Pemain warisan baharu Harimau Malaya, Bradley Tapp, berkongsikan perasaannya selepas membantu Harimau Malaya melakar kemenangan pertama dalam kempen Piala ASEAN FIFA 2026.
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) berusia 25 tahun itu melakukan debut pertama ketika Malaysia menewakan Bangladesh 3-0 dengan dia diberikan kepercayaan berada dalam kesebelasan utama negara.
"Satu penghormatan dapat membuat penampilan sulung antarabangsa saya untuk Malaysia!
"Kerja keras baik untuk mendapatkan tiga mata dan mengekalkan rekod tanpa bolos. Kami terus berusaha." kongsinya di laman Instagram.