Pertahanan Indonesia, Asnawi Mangkualam, memberikan pesanan kepada rakan sepasukannya, Egy Maulana, selepas menjuarai edisi perdana Piala ASEAN FIFA 2026 baru-baru ini.
Asnawi yang merupakan tonggak utama skuad Garuda sebelum ini tidak berada dalam skuad kebangsaan susulan berada dalam fasa pemulihan selepas mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL).
Untuk rekod, Indonesia menewaskan Thailand 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2 di Stadium Gelora Bung Karno untuk bergelar juara kejohanan yang berada dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu.
"Ingat bro, di indo cepat naik cepat turun." katanya seperti dilaporkan Media Indonesia.
