Harimau Malaya akan meneruskan perjuangan dalam Kumpulan A Piala ASEAN FIFA 2026 apabila berdepan tuan rumah Indonesia Isnin ini.
Pertembungan antara dua negara Asia Tenggara itu dijadualkan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, dengan sepak mula pada jam 8.30 malam waktu Malaysia.
Malaysia hadir dengan momentum positif selepas menewaskan Bangladesh 3-0 dalam aksi pembukaan, hasil dua jaringan Arif Aiman Hanapi dan satu gol debut Bergson.
Kini, perhatian beralih kepada pertembungan menentang Indonesia yang dijangka berlangsung sengit di hadapan penyokong tuan rumah.
Ayuh berikan sokongan buat Harimau Malaya!
PIALA ASEAN FIFA 2026: INFO SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) INDONESIA VS MALAYSIA
Tarikh: 28 September 2026 (Isnin)
Saluran: Saluran 806 (Sukan+)
Masa: 8.30 PM (Waktu Malaysia)
Venue: Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta
Anda juga boleh tonton secara live streaming di Astro Go dan Sooka.