Satu peristiwa penting berlaku menyaksikan semua kesebelasan utama Indonesia semuanya lahir di luar negara dan berdarah campuran dalam perlawanan pertama kempen Piala ASEAN FIFA di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.
Ini merupakan kali pertama dalam sejarah ia dibarisi oleh kesemua bintang warisan ketika menumpaskan Singapura 2-0, sekali gus meraih tiga mata dalam Kumpulan A bersama Harimau Malaya.
Tuan rumah menggamatkan stadium keramat mereka itu dengan jaringan pembukaan pemain warisan Belanda, Ragnar Oratmangoen, pada minit ke-13.
🇮🇩 HISTORY FOR INDONESIA!
For the first time, Indonesia fielded a starting XI made up entirely of players born outside Indonesia in their FIFA ASEAN Cup 2026 match against Singapore on 25 September.
All 11 are heritage players eligible through Indonesian family roots pic.twitter.com/QSPyXyohrE— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) September 25, 2026
Pelawat makin tempang apabila pertahanan Selangor, Safuwan Baharudin, dilayangkan kad merah pada minit ke-68 akibat kekasaran ke atas Mitchell Baker sebelum sepakan penalti itu disempurnakan Ole Romeny.
Sang Garuda akan bertemu Malaysia pada Isnin malam ini bagi aksi seterusnya.