Sang Garuda terbang tinggi ketika membenam Singapura 2-0 ketika membuka kempen Piala ASEAN FIFA di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, sebentar tadi.
Tuan rumah menggamatkan stadium keramat mereka itu dengan jaringan pembukaan pemain warisan Belanda, Ragnar Oratmangoen, pada minit ke-13.
Singapura makin tempang apabila Safuwan Baharudin dilayangkan kad kuning pada minit ke-68 akibat kekasaran ke atas Mitchell Baker sebelum sepakan penalti itu disempurnakan Ole Romeny.
Begitupun, Malaysia kekal menerajui Kumpulan A selepas mengenepikan Bangladesh 3-0.