Penyerang Singapura, Ilhan Fandi, menganggap aksi menentang Indonesia dalam saingan Piala ASEAN FIFA 2026 menjadi antara persiapan terbaik buat pasukannya sebelum mengharungi cabaran Piala Asia 2027.
Bagi Ilhan, berdepan salah satu pasukan pilihan kejohanan dalam suasana genting di Stadium Gelora Bung Karno bakal memberikan pengalaman berharga selain menjadi kayu pengukur kemampuan sebenar skuad 'The Lions'.
Dalam pada itu, Ilhan mengakui Indonesia memiliki kualiti untuk muncul juara, namun percaya Singapura mampu memberikan tentangan sengit sambil menjadikan aksi itu sebagai persediaan terbaik menghadapi saingan di pentas Piala Asia.
Indonesia juga bakal berdepan skuad Harimau Malaya bagi perlawanan kedua kumpulan A di Stadium Geloran Bung Karno, sementara Singapura di perlawanan ketiga.