Selangor dalam satu kiriman media sosial sebentar tadi mengumumkan senarai pemainnya yang dipanggil menyertai skuad kebangsaan masing-masing bagi saingan Piala ASEAN FIFA bermula Jumaat ini.
Empat pemain mereka akan menyertai pasukan kebangsaan Malaysia, selain masing-masing satu yang akan mewakili Singapura dan Filipina.
Faisal Halim, Quentin Cheng dan Nooa Laine antara yang mendapat panggilan kebangsaan tetapi apa yang menariknya, nama pertahanan tengah, Harith Haiqal Adam Afkar turut berada dalam senarai itu.
Nama Harith Haiqal sebelum ini tiada dalam senarai 23 pemain ke kejohanan itu dan hanya berada dalam senarai bersedia.
Semalam, tular isu mengenai keadaan pemain tengah, Sergio Aguero, yang dikatakan masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan paha tetapi berada dalam senarai ke kejohanan di Indonesia itu.
Adakah Harith Haiqal dipilih untuk menggantikan tempat Aguero?
Selain empat pemain itu, Safuwan Baharuidin turut dipanggil menyertai skuad kebangsaan Singapura manakala Jefferson Tabinas pula akan mewakili Filipina.