Skip to main content

Bola Sepak

Piala ASEAN FIFA: Harimau Malaya turun berjuang tembusi ranking 100 dunia

ddd

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan, menjadikan Piala ASEAN FIFA 2026 sebagai titik tolak untuk Harimau Malaya melonjak masuk ke kelompok 100 terbaik dunia. 

Sasaran itu ditetapkan sebagai langkah untuk memastikan skuad kebangsaan mengharungi laluan undian yang lebih mudah dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2030 dan Piala Asia 2031.

"Saya sudah beritahu sasaran saya selaku presiden amat tinggi, iaitu untuk (melihat skuad kebangsaan) layak ke pertandingan akhir.

"Ia tidak mustahil dilakukan kerana di atas kertas, pemain Harimau Malaya mempunyai berkaliber dan berkebolehan dalam liga.

"Saya mengharapkan mereka agar bermain bersungguh-sungguh, bukan untuk saya dan FAM tapi untuk negara," katanya.  

Dalam masa sama, Ghani menegaskan bahawa dirinya enggan campur tangan dalam urusan pemilihan presiden baharu Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Jelasnya, kuasa untuk mencadangkan calon paling layak bagi menggantikannya sebagai presiden badan pengelola Liga Malaysia itu terletak sepenuhnya di tangan Ahli Lembaga Pengarah MFL. 

"Ini permulaan pertama untuk persiapan Harimau Malaya menghadapi kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia.

 

 

"Kami merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan peringkat antarabangsa untuk menaikkan ranking.

"(Meskipun) Piala ASEAN FIFA tidak menawarkan mata ranking yang banyak, tapi masih perlu direbut.

"Kami perlu pastikan sekurang-kurangnya diletakkan di dalam balang kedua agar tidak berdepan jalan sukar di peringkat awal, dalam kumpulan," katanya lagi. 
 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video

Advertisement