Mujur pegawai keselamatan memainkan peranan penting dan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku.
Hampir kesemua penyokong Harimau Malaya terpaksa menunggu lebih lama untuk pulang apabila ditahan lebih sejam selepas tamat perlawanan bertemu Indonesia dalam Piala ASEAN FIFA di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), Jakarta malam tadi.
Rata-rata penyokong Malaysia memuat naik video di media sosial sejak malam tadi mengenai situasi semasa.
Perang psikologi daripada peminat tuan rumah bermula sejak dalam stadium apabila sering melontarkan kata-kata kesat dan cuba menghampiri penyokong Malaysia.
Anggota keselamatan Indonesia mengelilingi penyokong Malaysia bagi menjamin keselamatan terbaik, sekali gus menghindari sebarang kejadian panas. Keadaan dilaporkan terkawal dengan tiada pergaduhan tercetus sebelum diberikan ruang menaiki bas.
Terdahulu, skuad kendalian jurulatih interim, Tan Cheng Hoe, gagal mengambil peluang ke atas Sang Garuda yang beraksi 10 pemain dengan kedua-dua pasukan terikat 0-0.