Nilai tinggi dan komitmen besar bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), La'vere Corbin-Ong .
Terjadinya tiga perkara luar biasa; Kapten buat kali pertama, bawa pulang pingat gangsa tewaskan gergasi Asia Tenggara (ASEAN) dan hadiah cahaya mata.
Ketua pasukan Harimau Malaya itu pulang ke tanah air dengan kegembiraan apabila dikurniakan cahaya mata menerusi perkongsiannya di Instagram semalam.
Pergorbanan yang cukup besar menyaksikan pertahanan kental itu tetap memilih untuk berjuang bersama skuad kebangsaan meskipun isteri akan melahirkan anak.
Dan, perjuangannya membuahkan hasil apabila membantu pasukan bimbingan jurulatih interim, Tan Cheng Hoe, menamatkan penantian 12 tahun untuk menewaskan Vietnam 1-0, sekali gus merangkul pingat gangsa Piala ASEAN FIFA di Jakarta, Indonesia Isnin lalu.
Pujian harus diberikan atas dedikasi membela maruah Malaysia dengan mengetepikan urusan peribadi jelas menggambarkan semangat jitu membantu negara menghadapi lawan.
Dalam penampilan ke-52 pemain kacukan Malaysia-Kanada berusia 35 tahun itu, Corbin-Ong memakai lilitan kapten buat kali pertama untuk Harimau Malaya menggantikan Dion Cools yang meninggalkan kem atas urusan keluarga.
Tahniah Corbin-Ong!