Piala ASEAN FIFA 2026, pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim, mengakui bukan mudah untuk bertandang ke Stadium Gelora Bung Karno untuk menghadapi Indonesia buat kali pertama secara peribadi.
Bagi penggempur Selangor itu, dengan status dan barisan pemain skuad Garuda ketika ini, ia adalah peluang terbaik untuk mengetahui di mana kekuatan Harimau Malaya dan juga mempersiapkan barisan pemain negara menghadapi tekanan di tempat sana.
"Waktu kecil lagi, menonton perlawanan pasukan kebangsaan menghadapi Indonesia bukan (satu cabaran) mudah. Ia akan perlawanan tumpuan yang dinanti-nantikan penyokong Malaysia.
"Ini juga salah satu pelajaran terbaik untuk pasukan kebangsaan menghadapi perlawanan peringkat tinggi pada masa akan datang seperti kelayakan Piala Asia atau kelayakan Piala Dunia.
"Kami akan hadapi perlawanan demi perlawanan dan berikan yang terbaik," kata peledak 18 gol Harimau Malaya itu.
Faisal juga tidak sabar untuk beraksi dalam Piala ASEAN FIFA bersama barisan pemain baharu yang dianggap terkuat pernah dikumpulkan setakat ini.
"Ia sedikit sebanyak memberi saya semangat untuk membantu pasukan dan tahap keyakinan saya sendiri juga bertambah.
"Dengan barisan pemain yang ada, saya tidak berasa begitu gentar untuk menghadapi mana-mana pasukan di sana," katanya lagi.