Tular di media sosial salah sebuah media Indonesia berkongsikan dalam satu ulasan berkongsikan kelincahan pemain sayap negara, Arif Aiman Hanapi, sebagai 'lebih baik daripada semua pemain luar negara Indonesia?'.
Dalam aksi kedua peringkat Kumpulan A, Piala ASEAN FIFA sebelum ini menyaksikan kelincahan Arif Aiman kerap kali mengkucar-kacirkan pertahanan Indonesia dan mendatangkan bahaya ke kubu pertahanan skuad kendalian John Herdman.
"Siapa yang lebih baik? Marselino Ferdinan atau Arif Aiman? Mungkin kalian akan sedikit rasa tertampar mendengar fakta ini kerana setelah melihat permainan Arif Aiman, satu perkara yang sukar dibantah ialah pemain ini benar-benar licik.
"Di sinilah pentingnya satu perkara untuk pemain muda iaitu bermain secara kerap. Bakat sahaja tidak cukup, pemain muda memerlukan minit bermain, keyakinan diri dan pengalaman dalam membuat keputusan serta kesempatan untuk berkembang dalam perlawanan dan Arif Aiman mendapatkan semua perkara tersebut secara konsisten di Malaysia." katanya dipetik dari MakanBola.
Indonesia akan meneruskan kempen peringkat Kumpulan A berdepan Bangladesh, sementara Malaysia akan berdepan Singapura dengan masing-masing akan turun dengan misi wajib menang dengan jaringan besar sekiranya mahu melayakkan diri ke pentas akhir.
