Skip to main content

Bola Sepak

Piala ASEAN FIFA 2026: Status Faisal Halim masih tanda tanya menjelang aksi bertemu Singapura

Piala ASEAN FIFA 2026: Status Faisal Halim masih tanda tanya menjelang bertemu Singapura
Advertisement

Status pemain sayap negara, Faisal Halim, masih menjadi tanda tanya menjelang aksi Kumpulan A Piala ASEAN FIFA Divisyen 1 menentang Singapura di Bandung, esok.

Faisal mengalami kecederaan ketika membantu Malaysia menentang Indonesia dalam aksi terdahulu, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada pemain berkenaan mampu diturunkan bagi perlawanan penting itu.

Advertisement

Ketua jurulatih negara berkata pihaknya masih menunggu laporan perubatan daripada pasukan sebelum membuat keputusan mengenai penglibatan Faisal.

Menurutnya, skuad negara tidak mahu mengambil sebarang risiko terhadap keadaan pemain berkenaan, selain memastikan pemain lain bersedia untuk mengisi kekosongan sekiranya Faisal tidak dapat beraksi.

Advertisement

“Suasana selepas permainan, kita datang ke Bandung dan kita menjalani latihan pemulihan sahaja. Kita tahu Miki (Faisal Halim) mendapat kecederaan menentang Indonesia.

“Kita masih tunggu laporan perubatan daripada pasukan sama ada Faisal diturunkan atau sebaliknya, tetapi pemain-pemain lain turut bersedia sekiranya dia tidak beraksi pada malam esok nanti,” katanya.

Malaysia kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada pertemuan dengan Singapura dalam usaha meneruskan kempen Kumpulan A Piala ASEAN FIFA Divisyen 1.

Aksi itu juga bakal menguji kredibiliti skuad negara, khususnya sekiranya Faisal disahkan tidak cergas untuk diturunkan.

Barisan kejurulatihan bagaimanapun sudah mempunyai beberapa pilihan untuk mengisi posisi berkenaan, dengan pemain lain perlu bersedia memikul tanggungjawab sekiranya diperlukan.

Selepas menjalani sesi pemulihan sejurus tiba di Bandung, skuad negara dijangka meneruskan persiapan akhir sebelum turun berdepan Singapura.

Pertemuan Malaysia-Singapura itu dijangka menjadi satu lagi ujian penting buat skuad negara dalam misi memburu kemenangan sekaligus melangkah ke final Piala ASEAN FIFA 2026.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video

Advertisement