Skip to main content

Bola Sepak

Piala ASEAN B-19: Kali pertama beraksi, ini kata-kata bintang warisan muda Malaysia-Croatia

Jordy

Tonggak muda warisan Malaysia-Croatia, Luka Jordy Hodak, tetap gembira dengan perjuangan rakan sepasukan meskipun perjalanan skuad Malaysia bawah 19 tahun (B-19) sudah berakhir dalam Kejuaraan Piala Asia Tenggara (ASEAN) B-19, semalam.

Anak kepada bekas jurulatih negara, Bojan Hodak, itu mencatatkan penampilan pertama bersama pelapis Harimau Malaya itu dan mula menonjolkan bakatnya membantu Malaysia mengharungi peringkat kumpulan.

"Penantian yang sangat berbaloi. Akhirnya saya dapat beraksi buat kali pertama.

"Saya sangat gemuruh, namun tetap teruja. Saya tidak bermain dengan baik tetapi saya mula menyesuaikan diri bersama rakan sepasukan.

"Saya berfikir bahawa Malaysia mempunyai generasi bola sepak yang bagus.

"Sepanjang dua perlawanan ini saya melihat kami sangat agresif. Saya tidak nampak ada pasukan lain seperti kami," katanya.

Umum mengetahui kacukan ibunya yang berasal dari Pulau Pinang, dan difahamkan putera kepada bekas pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT) itu dilahirkan di Damansara, Kuala Lumpur.

Bercakap berkenaan peranan ayahnya, Luka Jordy mengungkap perkara tidak diduga tentang hala tujunya sebelum ini.

Dalam masa sama, dia turut berharap peluang terus diberikan pada masa akan datang bersama pasukan kebangsaan.

"Secara jujurnya, ia tidak begitu banyak.

"Sebenarnya, sejak dari kecil dia mahukan saya menjadi doktor atau peguam dan tidak pernah meminta saya menjadi pemain bola sepak.

"Banyak lagi kerja keras yang perlu dibuat.

"Saya sangat berbangga bermain untuk Malaysia.

Skuad kendalian Nafuzi Zain itu terpaksa pulang awal selepas gagal ke pusingan kalah mati selaku naib juara terbaik melalui Kumpulan B.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video