Penjaga gawang kelahiran Russia, Matvei Safonov, muncul wira Paris Saint-Germain selepas menyelamatkan sepakan penalti sebanyak empat kali dalam perlawanan akhir di Stadium Ahmad Bin Ali, Qatar, awal pagi tadi.
Kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam 90 minit permainan dengan Khvicha Kvaratskhelia terlebih dahulu membuka tirai jaringan buat PSG sebelum Jorginho menyempurnakan sepakan penalti buat kelab Brazil, Flamengo.
Advertisement
The kind of evening we love! 🤩
pic.twitter.com/Rirkvc7Mrt— Paris Saint-Germain (@PSG_English) December 17, 2025
Namun, dalam penentuan sepakan penalti menyaksikan Safanov cemerlang menafikan empat sepakan penalti sekali gus menoktahkan kemenangan PSG dalam edisi kedua Piala Antara Benua FIFA selepas Real Madrid menjulang piala itu dalam edisi lalu.
Untuk rekod, skuad Los Blancos menewaskan kelab Mexico, Pachuca 3-0 di dalam saingan edisi pertama kejohanan itu tahun lalu.
