Skip to main content

Bola Sepak

Piala Al-Sultan Abdullah ubati rindu penyokong bola sepak Pahang

j

Stadium Darul Makmur gegak gempita dengan aksi menakjubkan Pilihan Pahang dan Pilihan Selangor dalam perebutan Piala Al-Sultan Abdullah 2026, malam tadi. 

Pilihan Selangor terlebih dahulu berada di hadapan dalam babak pertama apabila Mahali Jasuli bijak menanduk bola ke gawang Pilihan Pahang meletakkan Pilihan Selangor berada di hadapan 1-0.

Tersentak dengan jaringan itu, Pilihan Pahang kembali memperkemas permainan.

Namun, kesilapan pemain Pilihan Selangor, Bunyamin Umar, yang menjaringkan gol sendiri setelah bola terbias mengakibatkan kedudukan terikat  1-1.

Babak kedua Pilihan Pahang terus mengasak hebat kubu Pilihan Selangor dengan Azizul Kamaludin muncul wira Pilihan Pahang menerusi jaringan kemenangan, sekali gus menutup aksi dengan kejayaan 2-1 memihak pasukan Pilihan Pahang.


"Seronok dapat bermain dalam perlawanan persahabatan macam ini, elok juga kalau diadakan selalu," kata Azizul.


Tambah Mahali: " Walaupun tewas, saya berpuas hati dengan kesungguhan pemain-pemain walaupun sudah senior.

"Semangat yang dintunjukkan sesuatu yang bagus," katanya.

Pahang kembali bernyawa selepas hilang dalam peta bola sepak Malaysia.

Peminat bola sepak Pahang nyata merindui kenangan tersebut apabila Tok Gajah sudah tiada lagi dalam radar liga bola sepak tempatan.

Bukan itu sahaja, malah rata-rata bekas legenda Pahang mahukan pasukan tersebut kembali berada dalam kancah Liga Malaysia.

Biarpun fokus utama kini terarah kepada pembangunan akar umbi, namun segala usaha ke arah mengembalikan bola sepak Pahang ke tahap tertinggi perlu diusahakan sebaiknya.

"Dengan sokongan peminat, Insya-Allah Pahang akan ke Liga Super," kata Azamudin.

"Tengoklah kehadiran penyokong, memang begitu ramai dan saya sangat terharu.

"Semoga Pahang kembali ke Liga Malaysia," kata bekas pemain Pahang, Hafiz Kamal.

Menurut seorang lagi bekas pemain Pahang, Razman Roslan: "Penyokong rindukan suasana macam ini dan kehadiran Pahang menjadi sesuatu yang menarik." 
 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

JDT Vneck Blood Abstract

JDT Vneck Blood Abstract

Must Watch Video