Skip to main content

Ragbi

Piala Agong: Cabaran sebenar menanti terengganu rebut slot akhir

Ragbi

Berbekalkan rekod tanpa kalah sepanjang musim, Terengganu bakal berdepan cabaran getir apabila sekali lagi bertemu Polis Diraja Malaysia (PDRM) di separuh akhir Kejuaraan Ragbi Piala Agong edisi ke-42 hujung minggu ini.

Pada saingan peringkat kumpulan sebelum ini, Terengganu mencatat kemenangan tipis 26-25 di laman lawan, sekali gus menafikan PDRM dengan hanya kelebihan satu mata. Namun, PDRM tetap hadir dengan reputasi besar sebagai juara tiga kali berturut-turut, meskipun gagal mengekalkan konsistensi selepas tewas dua kali di peringkat awal musim ini.

"Tekanan milik kedua-dua pasukan sama ada dari Terengganu selaku tuan rumah pada hujung minggu ini begitu juga PDRM yang hadir selaku penyandang juara. Misi untuk setiap pasukan yang bertanding adalah untuk menang dalam kejuaraan musim ini dan kami tidak sesekali memandang rendah pasukan lawan.

"Kedua-dua pasukan ini pernah bertemu sebelum ini di mana kami hanya menang dengan kelebihan 1 mata. Sudah tentu perlawanan seterusnya nanti akan menjadi lebih sengit.

"Sudah tentu dengan rekod tanpa kalah untuk mara ke penentuan separuh akhir ini ianya bukan sesuatu yang selesa untuk kami apatah lagi bermain di hadapan penyokong sendiri nanti," ujar Hafiizh Zainal selaku ketua jurulatih yang pertama kali membimbing Terengganu di pentas kejuaraan Piala Agong ini.

Pertembungan di antara kedua-dua pasukan ini dijadualkan untuk bermula pada jam 0330 petang Sabtu ini bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Komplek Sukan Negeri Terengganu.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video