Skip to main content

Bola Sepak

Piala AFF Wanita: Pemain negara kekal bersemangat buru tiket separuh akhir

cornelli

Suasana tenang tetapi lebih serius menyelubungi sesi latihan skuad wanita negara, yang jelas terkesan rentetan keputusan seri menentang Laos dalam aksi pertama Kumpulan A, Piala AFF Wanita di Cheras pada Jumaat lalu.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia kini tiada pilihan lain selain memburu kemenangan mutlak dalam aksi terakhir kumpulan menentang Singapura pada Khamis ini.

Bagi pengendali skuad negara, Joel Cornelli, situasi itu menjadi pencetus semangat terbaik apabila pemain mula menyedari impak besar yang perlu dilakukan demi mengisi slot ke separuh akhir.

Aksi pada Khamis ini juga diibaratkan sebagai tugasan hidup-mati kerana hanya tiga mata penuh yang mampu menjamin tiket automatik ke peringkat kalah mati buat Malaysia.

Ini juga merupakan peluang keemasan untuk skuad negara melakar sejarah baharu dengan meloloskan diri daripada peringkat kumpulan buat pertama kali.

"Saya lebih memilih untuk katakan yang mereka sedang fokus, bukan takut atau sesuatu seperti itu," kata Cornelli kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Kami kerap membincangkannya bahawa kami tidak melakukan sesuatu yang buruk dalam perlawanan itu dan keputusannya juga tidak buruk.

"Apa yang penting, mereka tidak takut untuk bermain dan dalam latihan kami, mereka cuba untuk bermain dengan mencuba membina permainan dan menjaringkan gol.

"Sudah pasti kami sudah lama tidak bermain dan tekanan kejohanan sudah mula dirasai dan ini adakalanya dapat mengubah kelakuan pasukan di atas padang, ada pemain lebih takut berbanding pemain lain.

"Untuk perlawanan kedua ini, mereka akan fokus tetapi lebih tenang untuk bermain dan menunjukkan kebolehan mereka."
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video