Skip to main content

Bola Sepak

Piala AFF Wanita: Peluang masih terbuka -- jurulatih Malayan Tigress

Piala AFF Wanita: Peluang masih terbuka -- jurulatih Malayan Tigress

'Peluang masih terbuka', itu reaksi ketua jurulatih skuad bola sepak wanita negara, Joel Cornelli, selepas menyaksikan anak buahnya sekadar seri 1-1 menentang Lao dalam aksi pembukaan saingan Piala AFF 2026 semalam.

Menurut Cornelli, keputusan itu tidak menjejaskan sasaran pasukannya sambil memberikan jaminan, Malayan Tigress akan berjuang habis-habisan demi merealisasikan misi ke pentas separuh akhir.

Tanpa berselindung, pengendali kelahiran Brazil itu akui kecewa Malaysia gagal langkah kanan ketika menentang Lao di cheras, meskipun memiliki beberapa peluang terhidang terutamanya di babak kedua perlawanan.

Dia percaya tempoh rehat lima hari sebelum bertemu Singapura dalam aksi terakhir peringkat kumpulan, 16 Julai ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memperbaiki segala kelemahan yang ada.

"Kami masih mempunyai peluang kerana tidak bergantung kepada keputusan perlawanan lain. Jika menewaskan Singapura, kami akan layak.

"Saya yakin dengan lebih banyak latihan, organisasi permainan lebih baik serta memperbaiki kesilapan dilakukan, kami mampu beraksi lebih baik dalam perlawanan seterusnya.

"Kami tidak pernah berputus asa. Pasukan terus berjuang dan cuba menjaringkan gol sepanjang perlawanan. Itu perkara penting dan penyokong juga dapat melihat usaha pemain," katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Di kem Lao, pengendali Phonethip Sengmany nyata puas apabila berjaya meraih satu mata berharga berdepan Malaysia, sambil menyifatkannya sebagai pembakar semangat untuk mereka melangkah jauh pada saingan edisi kali ini.

Kapten Malayan Tigress, Nur Ainsyah Murad, pula menggesa rakan sepasukannya segera melupakan keputusan seri bertemu Lao, sebaliknya fokus untuk bangkit meraih kemenangan menjelang aksi hidup-mati menentang Singapura Khamis ini.

Ainsyah yang dinobatkan pemain terbaik perlawanan akui skuad negara perlu memperkemaskan corak permainan secara keseluruhan jika berhasrat tempah slot ke separuh akhir.

Tonggak berusia 23 tahun itu turut menyeru kepada semua penyokong bola sepak tempatan supaya hadir beramai-ramai ke Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, demi memberikan sokongan padu buat Malayan Tigress.

"Saya dan pasukan akan melakukan yang terbaik menentang Singapura. Saya harap penyokong terus memberikan semangat seperti malam ini," katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Related Topics

Must Watch Video