Skuad bola sepak wanita negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mengikat Laos 1-1 dalam aksi pertama Kumpulan A, Piala AFF Wanita di Stadium Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi.
Malayan Tigress terlebih dahulu ketinggalan dalam babak pertama gara-gara jaringan Kemmy Phatdala pada minit ke-37.
Bagaimanapun, pemain gantian, Hadfina Firdaus, memastikan impian skuad negara untuk ke separuh akhir terus menyala dengan menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-50.
Malaysia seterusnya akan bertemu Singapura bagi aksi terakhir Kumpulan A di venue sama pada Khamis depan.