Skip to main content

Bola Sepak

Piala AFF Wanita: Malayan Tigress ada kualiti tersendiri

malaysian tigress captain

Kapten skuad bola sepak wanita negara, Nur Ainsyah Murad, percaya pasukannya memiliki kualiti untuk julang kejuaraan Piala AFF Wanita 2026.

Sedar ia bukan tugas mudah, tonggak tengah berusia 23 tahun itu menegaskan dia dan rakan sepasukannya sudah bersiap sedia bagi mengharungi kejohanan edisi kedua itu.

Tambahnya, penting untuk Malaysia memulakan saingan dengan langkah kanan dalam aksi pembukaan menentang Laos di Stadium Kuala Lumpur, Cheras malam ini, demi memastikan slot ke separuh akhir menjadi milik mereka.

Pemain Selangor itu turut mengingatkan rakan sepasukannya untuk tidak memandang rendah keupayaan Laos, sambil menyifatkan tiada istilah perlawanan mudah dalam saingan peringkat Kumpulan A itu, yang turut disertai Singapura.

Nur Ainsyah berharap kelebihan beraksi di laman sendiri mampu memberikan tuah buat Malaysia untuk mencipta kejutan, selepas sekadar menamatkan saingan di peringkat kumpulan dalam edisi 2024.

"Persiapan kami sama sahaja kerana kami merupakan tuan rumah, jadi Insya-Allah kami akan memberikan keputusan yang baik," katanya seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Sudah pasti semua pasukan ada kekuatan, kami hanya akan mengambilnya sebagai motivasi.

"Kami tahu kekuatan kami, jadi Insya-Allah, kami akan memberikan yang terbaik."

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video