Skip to main content

Badminton

Petronas Terbuka Malaysia: 'Tekanan lebih buat Lee Zii Jia di laman sendiri, penyokong mahukan dia menang'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rashid

Bekas juara perseorangan lelaki Terbuka Malaysia tiga kali berturut-turut, Datuk Rashid Sidek, teruja melihat perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, kembali beraksi di Axiata Arena.

Menurut Rashid, kemunculan semula Zii Jia sudah tentu hadir bersama tekanan, lebih-lebih lagi apabila peminat yang bakal memenuhi stadium dengan harapan untuk melihat idola mereka menang dalam aksi sulung tahun 2026.

Advertisement

Rashid beranggapan tekanan sebegini adalah sebahagian daripada kehidupan seorang pemain profesional, namun yang lebih penting adalah kesungguhan, disiplin dan komitmen Zii Jia selepas kembali daripada kecederaan besar.

Dia turut menegaskan, walau apa jua keputusan yang dicatatkan di Terbuka Malaysia, penyokong semestiya mahu melihat semangat juang pemain kelahiran Alor Setar itu dalam usaha membina momentum dan mengembalikan prestasi terbaiknya sepanjang tahun 2026.

 

 

 

"Jika dia beraksi di negara sendiri, saya rasa tekanan akan lebih kepada dia kerana harapan penyokong mahukan dia menang. Macam Zii Jia, dia tidak perlu fikir panjang.

"Paling penting dia perlu tunjukkan persediaan yang dia ada, dia perlu tunjukkan kemampuan dia kerana kita tidak tahu bagaimana persediaan dia, tahap kecederaan dia. Paling penting usaha perlu bersungguh-sungguh.

"Sekiranya tewas, kita nampak kesungguhan dia." katanya.

Must Watch Video