Gandingan beregu wanita negara, Ong Xin Yee dan Carmen Ting, akur perjuangan mereka selama 44 minit di gelanggang 2 Axiata Arena, Bukit Jalil, berakhir hampa apabila tewas aksi straight set berdepan wakil Jepun, Riu Hirokami-Sayaka Hobara.
Xin Yee dan Carmen yang menutup kalendar 2025 dengan nota gemilang menerusi kemaraan di dua pentas final saingan Jelajah Dunia BWF Super 100 pada Disember lalu akur kempen di Petronas Terbuka Malaysia tahun ini sekadar dalam pusingan pembukaan.
Advertisement
Pertama kali bertembung dengan Riu-Sayaka di pentas kompetitif, Xin Yee-Carmen masih kekok dalam menyesuaikan diri dengan pertarungan agresif saingan BWF berstatus lebih besar, namun tetap memberikan aksi terpuji biarpun tewas 16-21, 11-21.
