Skip to main content

Badminton

Petronas Terbuka Malaysia: Kecederaan otot betis tak halang Kai Wun galas cabaran negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kai wun

Kecederaan otot betis kanan yang dialami beregu lelaki negara, Tee Kai Wun, tidak menjadi penghalang untuk dia terus bersemangat memperagakan aksi terbaik dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026 bersama Man Wei Chong.

Mereka akan bertemu gandingan berpengalaman dari Denmark, Kim Astrup-Anders Rasmussen, yang sudah pun mengatasi Man-Tee sebanyak dua kali dalam tiga pertemuan terakhir sebelum ini.

Advertisement

"Saya tidak fikir pasal kecederaan kerana perlu mengambil tempoh masa lama untuk pemulihan," kata Kai Wun.

"Saya berasa teruja kerana perlawanan pertama di Malaysia, jadi saya berharap dapat beraksi dengan baik," tambah Wei Chong.

Sementara itu, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, pula dijadualkan bertemu pasangan dari Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta.

Meskipun rekod 6-0 memihak pasangan negara, kejayaan mereka membawa permainan sehingga tiga perlawanan merupakan antara 'notifikasi awal' beregu ini tidak boleh dipandang mudah.

"Sangat mencabar buat kami, kami perlu hadapi kecederaan, jadual padat. Setiap tahun mencabar buat kami, keutamaan kami adalah mahu konsisten dan sentiasa menjaga fizikal kami dengan baik." ujarnya.

Must Watch Video