Lai Pei Jing yang mula mencongak keserasian bersama Jimmy Wong pada Mac 2025 dalam Cabaran Antarabangsa Vietnam akur apabila kempen dalam Petronas Terbuka Malaysia berakhir awal.
Mereka tumpas straight set dalam pusingan pembukaan di Axiata Arena, Bukit Jalil, sebentar tadi, kepada gandingan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet.
Advertisement
Selepas meniti beberapa kejohanan dengan antaranya berhasil raih kedudukan naib juara -- tuah Jimmy-Pei Jing yang turun buat kali pertama selaku gandingan di Axiata Arena tidak menjadi.
Perjuangan mereka musnah selepas tewas kepada pilihan ketujuh kejohanan menerusi keputusan 10-21, 9-21 dalam tempoh 34 minit.
Pei Jing yang ditemui selepas perlawanan merasakan banyak kesilapan yang dilakukan mereka dan perlu lebih aksi kompetitif dalam bersaing dengan jagoan terbaik dunia.
