Hanya lima hari lagi sebelum perlumbaan pusingan keempat Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix berlangsung di Stadium Negeri, Pulau Pinang.
Perlumbaan hujung minggu ini bukan sahaja menjanjikan aksi menarik, malah pengunjung turut berpeluang memenangi sebuah motosikal menerusi pembelian Happy Bag.
Dengan setiap pembelian Happy Bag pada harga RM65, anda akan menerima T-shirt eksklusif pasukan YY Pang Racing (terhad kepada 100 pembeli terawal) dan beg drawstring CORSA selain barangan menarik seperti minyak pelincir PETRONAS dan pelekat edisi khas Cub Prix.
Paling penting, anda juga akan menerima kupon cabutan bertuah untuk memenangi pelbagai hadiah menarik, termasuk hadiah utama, sebuah motosikal Honda RS-X Winner.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke gerai Cub Prix pada hari perlumbaan untuk dapatkan Happy Bag anda.