Skip to main content

Sukan

PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix: Masuk percuma tapi ada sebab kenapa anda kena beli Happy Bag

j

PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix: Masuk percuma tapi ada sebab kenapa anda kena beli Happy Bag

Berbaki tiga hari sahaja lagi sebelum pusingan pertama Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix membuka saingan musim ini.

Advertisement

Pusingan pembukaan yang akan berlangsung di Litar Lumba Tangkak hujung minggu ini dijangka meriah dengan aksi menarik, selain menawarkan peluang kepada pengunjung untuk memenangi sebuah motosikal menerusi pembelian Happy Bag.

 

 

 

Menariknya, 100 pembeli terawal Happy Bag akan menerima baju eksklusif pasukan SCK Racing.

Orang ramai juga boleh singgah ke gerai Cub Prix untuk mendapatkan Happy Bag, sebelum menantikan cabutan bertuah di pentas utama pada jam 5 petang, Ahad ini bagi mengetahui sama ada mereka bertuah membawa pulang motosikal Y15-ZR.

Must Watch Video