Juara edisi lalu CP125 di Litar Lumba Tangkak, Md Idlan Haqimi, mengakui berdepan tekanan menjelang pusingan pertama Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.
Namun, Idlan berazam untuk mengulangi keputusan sama walaupun menjangkakan saingan lebih sengit daripada pelumba berpengalaman kali ini.
Advertisement
"Ada tekanan sedikit.
"Berbeza kali ini, Tangkak selaku pembukaan.
"Saya harap saya boleh beri kepuasan sama seperti tahun lalu.
"Saya harus belajar daripada pelumba berpengalaman," katanya.
Sementara itu, azlan Shah Kamaruzaman, pemilik Voge Racing mensasarkan keputusan positif pada perlumbaan pembukaan hujung minggu ini berdasarkan data dan penambahbaikan pasukannya.
Menurut Azlan, litar Tangkak yang teknikal menuntut pelumba untuk lebih agresif, cepat beradaptasi dan perlu mempunyai daya tahan tinggi.
"Persiapan pasukan memang serius.
"Kami baru menjalani ujian pada Isnin lalu.
"Kami bertungkus lumus menghadapi pusingan pertama ini.
"Litar di Tangkak memerlukan stamina yang tinggi.
"Walaupun ini penglibatan dari tahun lalu, saya mahu pasukan saya mendapatkan keputusan yang baik," katanya.