Skip to main content

Permotoran

PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix: Irfan Haykhal mahu tebus kekecewaan musim lalu, sasar kedudukan podium

j

Pelumba TAB Sports SCK Honda Racing Team, Irfan Haykhal, menganggap sokongan ibu bapa sebagai pendorong utama untuk menghadapi musim baharu Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix yang membuka tirai di Litar Lumba Tangkak, Johor hujung minggu ini.

Irfan mengakui berdepan cabaran dalam penampilan sulungnya dalam kategori CP150 musim lalu, namun tetap meletakkan sasaran untuk memperbaiki prestasi dengan impian sekurang-kurangnya menamatkan perlumbaan di kedudukan podium.

Advertisement

"Pengalaman dan kemahiran saya sedikit sebanyak telah meningkat apabila memasuki tahun kedua bersama jentera ini.

"Tahun ini agak mencabar tapi saya akan cuba untuk fokus selesaikan segala masalah untuk mencapai impian yang gagal dicapai pada tahun lalu," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

Pelumba muda itu turut menyifatkan perubahan peraturan musim ini yang memberi penekanan kepada jentera sebagai satu cabaran baharu, yang bakal menguji kemahiran sebenar setiap pelumba serta menjadikan saingan lebih sengit.

 


Byline: Wan Fareez Wan Saiful

 

Must Watch Video