Tyson Fury atau lebih mesra dikenali dengan nama 'The Gypsy King' umum keluar daripada persaraan selepas menyuarakan keputusan tersebut secara rasmi menerusi hantaran di instagram peribadinya dengan kapsyen, "2026 adalah tahun untuk kembali bukti kehebatan!, 37 tahun dan terus bertarung. Tiada apa yang lebih menarik daripada dunia tinju".
Fury yang pernah menjulang gelaran juara dunia umum bersara daripada arena tinju dunia selepas catat kekalahan kali kedua berdepan Oleksandr Usyk pada disember 2024.
Advertisement
Namun spekulasi kemunculan semula Fury dalam arena kompetitif mula bertiup kencang sejak penghujung disember lalu apabila beberapa video latihannya di Thailand bersama petinju Afrika Selatan, Kevin Lerena tular di media sosial.
Antara pencapaian terbaik Fury sepanjang bergelar petinju sensasi dunia adalah menewaskan beberapa nama besar antaranya Wladimir Klitshcko pada 2015 selain memegang dua gelaran heavyweight disamping miliki 34 rekod kemenangan profesional.
Namun Fury dan persaraan berpisah tiada -- petinju kelahiran Manchester ini pernah beberapa kali mengumumkan persaraan antaranya pada 2018 susulan isu pergelutan kesihatan mental dihidapinya sebelum kembali daripada persaraan pada 2020 dan terbaru pada disember 2024.
