Rifdean Masdor mencapai impiannya mendapatkan kontrak tetap bersama ONE Championship bernilai AS$100,000 (RM413,719) selepas memperagakan aksi bertenaga ketika memenangi pertarungan dalam The Inner Circle 19.
Rifdean cukup agresif -- apabila memerlukan hanya selama 1 minit 34 saat -- untuk menumbangkan Javad Mozafari dari Iran menerusi knockout (KO) dalam pusingan pertama di Stadium Lumpinee, Bangkok, sebentar tadi.
Kemenangan kelima berturut-turut dalam ONE Championship itu meletakkan atlet berusia 23 tahun itu sebaris seorang lagi petarung dari Sarawak, Johan Ghazali Zulfikar, dan Ahmad Nor Iman Aliff Rakib yang berdarah Kelantan-Thai.