Tumpuan terarah kepada Kejuaraan Silat Kebangsaan dan Jemputan Antarabangsa Piala Sport School Junior Fighter (SSJF) 3.0 anjuran Kelab Silat Olahraga Wira Titiwangsa (KSOWT) dijangka bakal menghimpuan lebih 1,800 penyertaan dari dalam dan luar negara.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pertandingan tersebut yang dijadual berlangsung di Stadium Titiwangsa dari 14 hingga 19 Okt ini.
Edisi ketiga kali ini mempertandingkan dua cabang utama, iaitu Jurus (Seni) dan Tanding (Olahraga).