Skip to main content

Bola Sepak

Pertama kali main Piala Dunia, Jordan benarkan rakyat mulakan kerja lewat kerana...

Jordan

Jordan akan membenarkan pekerja sektor awam mula bekerja lewat pada hari perlawanan Piala Dunia untuk membolehkan peminat menikmati penampilan sulung pasukan kebangsaan dalam kejohanan yang akan berlangsung pada minggu hadapan itu.

Perdana Menteri, Jafar Hassan, menyatakan waktu bekerja rasmi akan bermula pada pukul 10 pagi dan bukannya 8:30 pagi sewaktu naib juara Piala Asia 2023 itu menentang Austria, Algeria dan Argentina yang akan dimainkan di Amerika Syarikat (AS) pada 17, 23 dan 28 Jun.

"Keputusan ini bertujuan untuk membolehkan rakyat mengikuti dan menyokong skuad negara memandangkan ini adalah penyertaan bersejarah dalam kejohanan ini," katanya dalam satu kenyataan.

Jordan, yang lebih dikenali sebagai Al-Nashama layak ke Piala Dunia selepas menduduki tempat kedua di belakang Korea Selatan dalam kumpulan kelayakan zon Asia, menandakan satu pencapaian yang belum pernah terjadi sebelum ini.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video