Beregu lelaki negara, Aaron Tai-Yap Roy King, mencipta sensasi apabila melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Terbuka Artik Vantaa Energia Arena, Finland, awal pagi tadi.
Mereka yang baru pertama kali digandingkan dalam kejohanan siri super BWF itu menewaskan beregu di ranking ke-32 dunia dari Denmark, Christian Faust Kjaer-Rasmus Kjaer, menerusi aksi straight set, 21-14,21-16 dalam tempoh 37 minit.
#ArcticOpen2026 MD | SF #MAS 🇲🇾 Aaron Tai-Yap Roy King def. #DEN 🇩🇰 Christian Faust Kjær-Rasmus Kjær 21-14, 21-16 ⏱️ 37 mins FIRST PARTNERSHIP, FIRST BWF WORLD TOUR TOURNAMENT FINAL! 🔥 Aaron-King continued their impressive debut run, dispatching the Danish duo in straight games to book their ticket to the final in Vantaa! 💪🏻🏸 #GemilangkanLagi #BadmintonMalaysia #DemiMalaysia
— BAM (@BA_Malaysia) October 10, 2026
Untuk rekod, kali terakhir beregu lelaki negara mara ke pentas akhir adalah ketika Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani menjuarai kejohanan berstatus Super 500 itu pada 2024.
Wakil negara itu akan berdepan gandingan dari Chinese Taipei, Lai Po Yu-Tsai Fu Cheng, awal pagi esok.