Jodoh Mohammad Abualnadi bersama Selangor tidak berpanjangan selepas memilih haluan baharu untuk menyertai kelab dari Romania, Corvinul Hunedoara.
Selama dua musim bersama Gergasi Merah, bintang kelahiran Jordan itu mengucapkan selamat tinggal, sekali gus menjawab persoalan berkenaan hala tujunya sebelum ini.
Abualnadi merekodkan 53 penampilan selaku pertahanan membantu Selangor dalam kancah domestik dan Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee musim ini.
Dia kini menghadapi misi besar bersama pasukan kebangsaan negaranya bertempur dalam Piala Dunia 2026 buat kali pertama dalam sejarah.