Skip to main content

Bola Sepak

Persib Bandung sambar bekas pemain Fulham, PSG

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

KURZAWA

Pasukan dari Liga Utama Indonesia, Persib Bandung,mengumumkan ketibaan pemain bintang baru iaitu Layvin Kurzawa yang sebelum ini turut pernah beraksi buat kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG).

Pemain berusia 33 tahun itu merupakan pemain daripada akademi Monaco sejak berusia 17 tahun sebelum menyertai PSG pada 2022, selain turut pernah menyumbangkan khidmat buat pasukan Fulham dan Boavista.

Advertisement

 

 

 

Dia bakal berkerjasama bersama jurulatih, Bojan Hodak, dalam membantu skuad Pangeran Biru bagi mempertahankan kejuaraan yang diraih Persib musim lalu.

"Persib secara rasmi memperkenalkan Layvin Kurzawa sebagai sebahagian dari Maung Bandung untuk pusingan kedua Super League 2025/2026.

"Kehadirannya bukan sekadar menambah nama untuk kuota pemain asing tetapi menjadi kepingan yang memang diperlukan pasukan saat ini." jelas Persib Bandung dalam satu kenyataan rasmi.

Must Watch Video