Skip to main content

Bola Sepak

Persiapan pasukan kali ini unik, masih terlalu awal untuk nilai Wan Kuzain -- Tan Cheng Hoe

gdgd

Jurulatih interim negara, Tan Cheng Hoe, mengakui kekurangan yang membelenggu pasukannya menjadi pembakar semangat buat barisan pemain untuk bangkit melakar kemenangan 2-1 ke atas Myanmar, sekali gus memulakan kempen Piala Hyundai ASEAN dengan langkah kanan.

Dalam temubual bersama Zulhelmi Zainal Azam, Cheng Hoe beranggapan gabungan pemain berpengalaman dan pemain muda mempamerkan semangat juang tinggi meskipun pasukannya dipandang sepi dalam kejohanan kali ini.

Skuad Harimau alaya turun ke Yangon dalam keadaan serba kekurangan apabila hanya menjalani tempoh persiapan yang singkat menjelang kejohanan.

Malah, pasukan negara turut kehilangan khidmat beberapa pemain utama yang tidak mendapat pelepasan untuk menyertai skuad kebangsaan susulan kejohanan berlangsung di luar kalendar rasmi FIFA.

Bagaimanapun, barisan pemain sedia ada berjaya buktikan mereka bukan sekadar pelengkap pasukan apabila melakar kemenangan berharga ke atas Myanmar di Stadium Thuwunna untuk meraih tiga mata penuh.

"Satu permulaan baik untuk rangkul tiga mata penuh di tempat lawan, bukan aksi mudah memandangkan daripada segi persiapan pasukan agak lewat.Tetapi pemain komited dan kami mampu lakar mata berharga.

"Motivasi kali ini adalah dengan gabungan pemain berpengalaman dan pemain muda jadi satu kebangkitan dan semangat, menjadi satu keluarga yang mahukan kejayaan.

"Pemain baru ini perlu diberikan peluang beraksi, pemain berpengalaman dapat memimpin pemain muda. Memang unik daripada aspek persiapan pasukan kali ini," katanya.

Sementara itu, Paulo Josue muncul wira Harimau Malaya apabila meledak dua gol pada babak kedua, sekali gus jadi momen indah buat kapten KL City itu susulan diberikan penghormatan selaku pemain naturalisasi pertama yang memakai lilitan kapten negara.

 

 

 

Dua jaringannya memadam kelebihan awal Myanmar yang hadir menerusi pemain tengah, Myat Kaung Khant, seawal minit ke-10.

Pertemuan itu turut menyaksikan pemain tengah Malaysian Abroad, Wan Kuzain Wan Kamal melakukan penampilan sulung bersama skuad kebangsaan.

"Josue pamerkan kepimpinan yang baik sama ada di dalam mahupun di luar padang, pemain muda perlu belajar daripada dia.

"Masih terlalu awal untuk nilai Wan Kuzain, tetapi kita lihat dia komited dan keserasian Bersama pasukan penting, ini kali pertama dia. Dengan keyakinan dia, saya yakin dia mampu berikan saingan sia dalam pasukan." tambahnya.
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video