Skip to main content

Bola Sepak

Persahabatan Antarabangsa: Pochettino pertaruh darah muda, rehatkan Pulisic

pochettino

Pengendali Amerika Syarikat (AS), Mauricio Pochettino, mempertaruhkan barisan pemain muda bagi menghadapi siri perlawanan persahabatan akan datang menentang Peru, Chile, Mexico, dan Kanada, dengan nama besar seperti Christian Pulisic antara yang tercicir daripada skuad 28 pemain yang diumumkan semalam.

Pochettino memulakan lembaran baharu bersama pasukan itu selepas bersetuju untuk membimbing mereka sehingga Piala Dunia 2030 awal tahun ini.

Pengendali itu memanggil 13 pemain yang belum pernah meraih penampilan antarabangsa untuk bersama pemain veteran bagi aksi pertama negara itu sejak Piala Dunia musim panas lalu, di mana kempen mereka terhenti dalam pusingan 16 di laman sendiri.

Penyerang, Folarin Balogun, turut diketepikan daripada skuad itu bersama-sama pemain utama, Pulisic, yang baru-baru ini kembali beraksi untuk AC Milan selepas mengalami kecederaan dibahagian bawah kaki semasa Piala Dunia.

"Saya rasa 28 pemain yang akan terlibat dalam empat perlawanan ini, atas faktor keadaan yang berbeza, adalah pemain terbaik yang kami mahu lihat, mahu mereka beraksi, dan mahu bekerjasama. Itu sahaja," katanya dalam sidang media.

Mengetuai senarai tumpuan dalam skuad itu ialah pemain berusia 16 tahun, Cavan Sullivan, yang mempamerkan aksi memukau bersama Philadelphia Union dalam saingan Major League Soccer (MLS) musim ini.

Dia meledakkan enam gol dan menyumbang 11 bantuan jaringan dalam 23 perlawanan regular season.

"Saya fikir dia layak menerima segala pengiktirafan dan dia layak berada bersama kami. Ini akan menjadi peluang terbaik untuk kami mengenali bakatnya," tambah Pochettino.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video

Advertisement